Sabtu, 30 April 2011

WAKALAH DALAM TAKAFUL

1.0 Pengenalan
Kebangkitan semula Islam telah mendorong negara-negara Islam terutamanya, berfikir mengkaji dan mencari jalan untuk menggantikan sistem kehidupan kearah sistem yang selari dengan tuntutan agama Islam. Kemunculan sistem kewangan Islam yang merangkumi sektor perbankan dan insurans atau takaful pula telah memberi pilihan yang lebih luas kepada masyarakat dalam menentukan produk tabungan yang sesuai dengan keperluan mereka.
Takaful adalah sistem insurans Islam. Sebagai suatu institusi kewangan yang bergerak mengikut landasan syariah atau hukum syarak, insurans secara Islam atau operasi takaful adalah suatu bidang yang perniagaan yang baru diterokai. Syarikat insurans yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insurans Islam Sudan.
Masyarakat Muslim amat memerlukan kepada satu produk perlindungan yang berteraskan Islam. Hal ini demikian kerana dalam menjalani kehidupan sehari-hari dan sebagai salah seorang anggota masyarakat, kita sentiasa terdedah kepada kemungkinan ditimpa pelbagai musibah, malapetaka dan bencana. Sebarang musibah, malapetaka dan bencana jika datang menimpa bukan sahaja boleh mengancam nyawa manusia. Bahkan akan menyebabkan berlakunya kemusnahan dan kehilangan harta benda.
Kontrak wakalah merupakan satu kontrak yang membolehkan seseorang itu mewakilkan urusannya kepada orang lain. Keperluan terhadap kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi memandangkan tidak semua individu berkesempatan dan mempunyai kemampuan untuk melakukan semua urusniaga sendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Disamping itu, kontrak ini ini juga telah diaplikasikan dalam transaksi masa kini. Keperluan terhadap kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai contoh, industri takaful merupakan salah satu institusi yang mengaplikasikan kontrak wakalah ini di dalam pengoperasian syarikatnya.














2.0 Definisi insurans Islam
Insurans adalah perkataan Inggeris pada dasarnya bermaksud suatu jaminan. Ia merupakan pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu. Ia juga bermaksud suatu kumpulan yang membuat kutu bagi meringankan beban kewangan individu dan menghindari kesulitan perbelanjaan. Konsep insurans yang ringkas dan umum ialah persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang yang masing-masing menghadapi kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak dapat diduga dan apabila kerugian serupa itu terkena keatas salah seorang daripada mereka yang menganggotai kumpulan itu, maka kerugian itu akan diagihkan diantara mereka.
Mohd ‘Abd Mun’im al-Jamal(1980) dalam kitabnya mendefinisikan insurans Islam ini sebagai satu sistem atau kaedah tolong menolong yang dijalankan oleh sekumpulan orang yang dijangka akan menerima atau menghadapi risiko dengan masing-masing memberikan sumbangan bagi meringankan beban risiko jika ia benar-benar terjadi.
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1400 tahun. Pada asasnya sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan, dan saling membantu dalam kalangan peserta. Dalam erti kata lain ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan.
Insurans mengikut Islam juga boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu kumpulan orang yang berikrar untuk mengumpul serta menggembeleng usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana mereka ditimba musibah. Melalui pakatan ini, orang yang dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya terbentuk sejumlah wang.
Menurut seorang pentafsir undang-undang iaitu Dr. Abd. Razak al-Sanhuri pula insurans adalah satu sistem atau kaedah tolong-menolong yang dilakukan antara beberapa individu yang bersepakat untuk mengatasi risiko yang dialami oleh seseorang daripada mereka sehingga apabila risiko tersebut benar-benar berlaku, mereka berkerjasama menghadapinya. Sedikit sahaja diantara mereka yang ditimpa malapetaka atau kesusahan tersebut, tetapi ditanggung dan dirasai oleh kesemua daripada mereka. Inilah yang dikatakan tolong-menolong yang terpuji, tolong-menolong atas dasar kebajikan dan takwa.
Akta Takaful 1984, (akta 312,1984) pula mentakrifkan takaful sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta apabila diperlukan.







3.0 Wakalah
3.1 Definisi
Dari segi bahasa kalimah Wakalah adakalanya bermakna pemeliharaan. Al-Wakalah dari segi bahasa juga mempunyai dua makna iaitu penjagaan dan penyerahan kuasa. Ulama’ Hanafi mentakrifkan perwakilan dari segi syara’ sebagai menugaskan orang lain melakukan kerjanya dalam mengendalikan perkara-perkara yang diharuskan oleh syara’ atau sebagai mewakilkan seseorang untuk menyerah dan menjaga sesuatu perkara kepada wakil. Ini termasuklah segala pengendalian atau pengurusan harta dalam bentuk jual beli dan perkara-perkara lain yang boleh diwakilkan seperti izin untuk masuk.
Manakala dari segi istilah fuqaha’, al-Wakalah didefinisikan sebagai seseorang menyerahkan perkara yang harus dia lakukan kepada orang lain menggunakan lafaz tertentu untuk dilaksanakan dalam kehidupannya semasa hayatnya dimana perkara tersebut boleh menerima penggantian atau perwakilan dengan lafaz.
Ulama’ Syafi’i mentakrifkan perwakilan sebagai mewakilkan seseorang untuk menyerahkan apa yang dilakukan dan boleh dilakukan oleh orang lain supaya boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Prinsip Wakalah atau perwakilan adalah diharuskan mengikut peruntukan yang digariskan oleh Islam dan ianya terpakai didalam pelbagai urusan kehidupan sama ada yang menyentuh hak-hak Allah ataupun berkaitan dengan hak-hak manusia.
Sayyid Sabiq dalam kitabnya, Fiqh Sunnah menjelaskan al-Wakalah sebagai penyerahan atau pendelegasian mandat iaitu yang bermaksud pemberian kuasa oleh sesorang kepada orang lain dalam perkara-perkara yang dapat diwakilkan. Dr Mustafha Diibu Bigha dalam bukunya Fiqh Menurut Mazhab Syafie mendefinisikan Wakalah sebagai penyerahan kuasa sesuatu yang dapat dilakukan sendiri oleh seseorang kepada orang lain untuk diuruskan semasa dia masih hidup.
3.2 Pensyariatan al-Wakalah
Telah dinyatakan denga jelas bahawa kontrak al-Wakalah adalah kontrak yang yang diharuskan oleh syarak melalui Al-Quran, hadith Rasulullah dan ijma’. Ijma’ ulama juga telah bersepakat tentang pengharusan penggunaan kontrak al-Wakalah tersebut. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa kontrak al-Wakalah merupakan satu kontrak yang membolehkan seseorang itu mewakilkan urusannya kepada orang lain. Disini dapat dilihat denga jelas yang mana keperluan terhadap kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi memandangkan mustahil setiap individu mampu menyelesaikan dan menguruskan semua urusannya tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Ini kerana tidak semua individu berkesempatan dan berkemampuan untuk melakukan semua urusannya dengan sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
Islam juga turut menganjurkan umatnya agar saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan bagi memudahkan pelaksanaan urusan masing-masing. Kesemua ini adalah bertepatan dengan konsep dan prinsip al-Wakalah itu sendiri. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:
           •   •   
…. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Surah Al-Maidah(5):2
3.3 Rukun Wakalah
Bagi Ulama’ Hanafi, rukun perwakilan hanya dua iatu ijab dan qabul. Maka ijab daripada pewakil dan penerimaan daripada wakil. Penerimaan ijab tidak semestinya dengan lisan, ia boleh dibuat dalam bentuk isyarat dan pemahaman kerana pewakilan bermaksud mengaharuskan, sama seperti mengharuskan mengambil makanan.
Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa penerimaan perwakilan boleh dibuat dalam dua bentuk iaitu segera atau bertangguh. Ini berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. yang mana baginda membuat perlantikan manakala kerja-kerja pewakilan tidak dibuat oleh mereka iaitu para sahabat yang terlibat dengan segera. Oleh itu jika tidak ada ijab dan tidak ada qabul, ‘aqad tidak sempurna. Ini kerana sempurnanya sesuatu akad ialah dengan wujudnya ijab dan qabul, setiap satu daripada keduanya boleh ditarik balik sebelum wujud yang lain. Dengan kata lain, ijab tidak bermakna jika tidak diterima, begitu juga qabul tidak bermakna jika tidak ada tawaran. Perkara ini sama seperti yang berlaku dalam kontrak jual beli dan sebagainya. Bagi jumhur, rukun pewakilan ada empat iaitu:
1) Pewakil
2) Wakil
3) Wakilan
4) Lafaz
3.4 Syarat-syarat perwakilan
3.4.1 Syarat pewakil
Seorang pewakil mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu ia hendaklah orang yang berhak mengendalikan harta yang diwakilkan. Dengan ini adalah tidak sah perlantikan pewakilan yang dibuat oleh kanak-kanak yang belum mumayiz dan orang gila kerana mereka tidak berakal. Berakal adalah salah satu syarat daripada beberapa syarat kelayakan seseorang menjadi pewakil. Begitu juga tidak sah kanak-kanak yang belum mumayyis melantik wakil untuk mengurus perkara yang ia sendiri tidak layak mengurusnya. Semua perkara itu adalah yang membahayakan dirinya sendiri. Bagaimanapun ia diharuskan melantik wakil bagi menguruskan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat sahaja.
3.4.2 Syarat wakil
Seterusnya seorang wakil ia hendaklah sudah berakal untuk membuat pilihan antara baik dan buruk, rugi dan untung dalam perniagaan. Dengan itu orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak boleh dilantik wakil. Bagi Ulama’ Hanafi, kanak-kanak yang sudah mumaiyyiz boleh dilantik menjadi wakil, sama ada mendapat izin atau tidak. Syarat diatas dikenakan, kerana wakil menjalankan menjalankan tugas pewakil dari segi pernyataan, ia hendaklah mempunyai kelayakan yang sama dengannya. Kelayakan pernyataan adalah terdiri daripada akal dan mumayyiz. Ulama’ Maliki dan Hanbali menggatakan bahawa melantik kanak-kanak menjadi wakil tidak sah kerana ia belum mukallaf. Ini kerana ia belum mempunyai kelayakan mengurus diri sendiri, maka ia tidak sah menjadi wakil.
3.4.3 Syarat wakilan
Wakilan hendaklah perkara yang diharuskan oleh syara’. Wakilan juga hendaklah barang yang dimiliki oleh pemilik tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mentadbirnya. Wakilan hendaklah barang yang diketahui, untuk mengelakan kesamaran dan penipuan. Syarat ini telah dibuat oleh Ulama’ Syafi’i. wakilan juga hendaklah bukan perkara memohon hutang. Wakilan hendaklah perkara letak barang yang boleh diwakilkan kepada seseorang iaitu semua urusan atau kendalian harta adalah boleh diwakilkan. Dengan itu, urusan-urusan ibadah jasmani seperti sembahyang tidak boleh diwakilkan
3.5 Penamatan kontrak Wakalah
Kontrak wakalah akan berakhir melalui beberapa proses iaitu yang pertama pembatalan. Kontrak al-Wakalah adalah kontrak Jaiz(boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak). Maksudnya pewakil boleh membatalkan kontrak ini atau memecat wakil pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dalam masa yang sama wakil juga berhak membatalkan perlantikan dan menarik diri daripada mengurus harta pewakil pada bila-bila masa. Ini kerana mungkin wakil tidak berkesempatan untuk menjalankan urusan yang diwakilkan kepadanya atau perlantikan tersebut tidak sesuai dengan kepentingannya. Jika wakil diwajibkan kekal dengan kontrak ini sudah tentu ia akan membebankannnya. Kebenaran untuk membatalkan kontrak ini memberikan kepada wakil yang diupah dan tidak diupah. Atas dasar ini apabila pewakil memecat wakil, kontrak tersebut dianggap telah tamat.
Penamatan kontak yang kedua berlaku melalui salah satu pihak hilang kelayakan. Seperti yang kita sedia maklum, pewakil dan wakil perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum mereka dibenarkan berurusan. Jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi, merreka dikira hilang kelayakan. Dengan ini kontrak wakil tersebut dikira terbatal atau tamat. Ini kerana jika syarat ini tidak dipenuhi ketika kontrak dimulakan, sudah tentu kontak tersebut tidak sah. Demikianlah juga jika syarat-syarat ini dilanggar ketika kontrak ini berlansung. Contohnya salah satu pihak disahkan gila atau muflif.
Kontrak wakil juga tamat apabila salah satu pihak meninggal dunia, walaupun kematian ini tidak diketahui pihak satu lagi. Ini kerana pewakil hilang kelayakan untuk memberi kebenaran selepas meninggal dunia. Demikian juga dengan kematian wakil, wakil kehilangan kelayakan untuk menguruskan harta.
Penamatan kontak yang ketiga berlaku apabila perkara yang diwakilkan selesai dilaksanakan. Apabila wakil selesai menjalankan urusan seperti yang diizinkan dan wakilnya oleh pewakil, kontrak tersebut dikira telah tamat. Contohnya pewakil menyerahkan kepada wakil untuk menjual rumahnya lalu wakil berjaya menjualnya. Maka perkara yang diwakilkan itu sudah tidak wujud dan tidak perlu diuruskan.



4.0 Wakalah dalam industri takaful
4.1 Pengenalan model Wakalah dalam industri takaful
Model Wakalah digunakan secara meluas diperingkat antarabangsa. Begitu juga di Malaysia. Model ini digunakan oleh kebanyakan institusi takaful di Malaysia. Dalam Islam juga menyatakan keharusan Wakalah dalam melaksanakan urusan seharian yang tidak mampu dikendalikan sendiri. Firman Allah s.w.t.:
     •       •     
Maksudnya … jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaanya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur.
Surah Al-Baqarah(2):282
4.2 Pengaplikasian Wakalah dalam takaful
Setiap syarikat takaful yang menggunakan prinsip Wakalah dalam pengendalian operasinya mempunyai cara pengurusan yang tersendiri. Antara syarikat takaful yang menggunakan model ini sebagai prinsip utama ialah Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Takaful Ikhlas telah memilih sistem Wakalah dan al-tabarru’ sebagai model Islam dalam membentuk asas operasi syarikat. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan diantara Syarikat Takaful Ikhlas dan peserta-pesertanya(pencarum).
4.3 Model Wakalah
Konsep Wakalah pada dasarnya adalah perhubungan antara ejen-prinsipal yang mana pengendali takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta takaful dalam menguruskan dana para peserta takaful dan juga melaksanakan kegiatan pelaburan. Semua risiko akan ditanggung oleh dana takaful dan apa jua lebihan yang terdapat dalam operasi takaful adalah khusus untuk para peserta. Pengendali takaful tidak akan berkongsi secara lansung dalam risiko yang ditanggung oleh dana atau lebihan serta kurangan daripada dana.
Sebaliknya pegendali takaful akan menerima bayaran/upah yang disebut sebagai upah/bayaran Wakalah(Fi wakalah) bagi mernguruskan operasi bagi pihak peserta biasanya berdasarkan kepada peratusan sumbangan yang dibayar. Namun upah pengendali mungkin termasuk dalam kos pelaksanaan, dikenakan terhadap setiap lebihan sebagai intensif untuk menguruskan dana takaful secara berkesan. Pelaburan daripada dana juga berdasarkan kepada kontrak Wakalah dimana pengendali takaful akan mengenakan caj perkhidmatan kepada para peserta sebagai upah atas perkhidmatan yang diberikan.
4.4 Fi Wakalah
Di bawah model Wakalah, pengendali takaful hanya memperolehi bayaran untuk perkhidmatan dan tidak berkongsi dalam sebarang hasil operasi takaful. Pengendali mendapat ganti rugi melalui sejumlah kos disebut Fi Wakalah. Terdapat Fi Wakalah dalam sumbangan dan Fi Wakalah dalam hasil pelaburan. Adapun Fi Wakalah di smbagan adalah peratusan yang telah ditetapkan atau jumlah yang tetap daripada yuran peserta. Manakala Fi Wakalah dalam hasil pelaburan atau pada risiko premium merupakan peratusan tetap daripada nilai pelaburan yang terkumpul didalam akaun peserta.
Upah atau bayaran ini boleh didapati dalam jumlah tetap atau berdasarkan kepada jumlah lebihan atau keuntungan pelaburan megikut nisbah yang telah dipersetujui bersama terlebih dahulu antara pegendali takaful dengan peserta. Ia juga merangkumi kos pengurusan dana dan intensif Fi Prestasi. Fi Wakalah dibayar daripada dana takaful dan kemudiannya disalurkan kepada dana pemegang saham untuk membayar kos pengurusan dan komisyen kepada ejen.
4.5 Rangka model Wakalah
Aliran pengendalian produk jangka pendek model wakalah.









Model ini menerangkan peserta membayar caruman mengikut skim yang diambil. Caruman tersebut dibahagi kepada dua iaitu Fi Wakalah(FW) dan Kumpulan Wang Takaful Berkumpulan/Am(KWTBA). Pembahagian antara FW dengan KWTBA berdasarkan nisbah dipersetujui terlebih dahulu antara peserta dengan pengendali takaful seperti ditetapkan di bawah kontrak.
FW yang terdiri daripada komisen dan perbelajaan pengurusan akan dibayar kepada kumpulan wang pemegang saham. Lebihan dalam KWTBA akan dilabur dan pendapatan pelaburan akan dimasukkan balik dalam kumpulan wang. Pengendali takaful akan menerima bahagian pendapatan pelaburan yang telah dipersetujui sebagai Fi Prestasi.
Lebihan pada akhir tahun setelah ditolak tuntutan, takaful semula dan rizab akan diagihkan kepada pengendali takaful dan peserta berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu seperti ditetapkan di bawah kontrak. Pemegang saham akan menggunakan FW untuk membiayai perbelanjaan pengendalian.






Aliran pengendalian produk jangka panjang model wakalah.












Model Wakalah diatas menerangkan tentang peserta akan membayar caruman mengikut skim. Caruman tersebut dibahagikan kepada Fi Wakalah(FW), Akaun Peserta(AP) dan Akaun Risiko Peserta(ARP) juga dikenali sebagai Akaun Khas Peserta. Pembahagian antara EW, AP, dan ARP adalah berdasarkan nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu seperti ditetapkan dibawah kontrak.
FW terdiri daripada komisen dan perbelanjaan pengurusan akan dibayar kepada pemegang saham. Kumpulan wang AP dan lebihan dalam ARP selepas ditolak perbelanjaan pengendalian, akan ditolak dalam aset seperti Instrumen Islam Kerajaan, Sekuriti hutang swasta secara Islam dan ekuiti, aset tetap dan wang tunai dan akuan pelaburan.
Keuntungan pelaburan, sekiranya ada akan diagihkan antara pengendali takaful dengan Kumpulan Wang Takaful Peserta dalam bentuk Fi Prestasi berdasarkan nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu antara pengendali takaful dengan peserta. Amaun dalam AP akan dikumpul dan dibayar kepada peserta atas kematian, serahan atau matang.
Amaun dalam ARP akan digunakan untuk membayar tuntutan, takaful semula dan rizab. Lebihan dalam ARP pada akhir tahun setelah ditolak tuntutan, takaful semula dan rizab akan diagihkan kepada pengendalikan takaful dan peserta. Pengagihan lebihan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu yang ditetapkan dibawah kontrak. Pemegang saham akan menggunakan FW untuk membiayai perbelanjaan pengendalian.







4.6 Contoh pengaplikasian kontrak Wakalah dalam takaful
4.6.1 Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.(TISB) dilantik menjadi wakil bagi pihak peserta. Peserta membenarkan TISB menguruskan hal-ehwal dana(wang caruman) dan melaburkan sumbangan yang dibuat oleh peserta. Sebagai balasannya, TISB berhak mengenakn yuran wakalah, sebagai upah menguruskan perjalanan wang caruman tersebut. Ianya bertepatan dengan tindakan Rasulullah SAW ketika baginda mengutuskan pegawainya dan membenarkan pegawainya menerima bayaran zakat. Apabila pulang, mereka diupah baginda.
Model wakalah dalam Takaful Iklas Sdn.Bhd.


Rajah diatas menunjukkan carta aliran Model Wakalah dan Tabarru’ di dalam Takaful Ikhlas Sdn Bhd. syarikat Takaful Ikhlas menggunakn konsep wakalah bil-ujrah iaitu wakalah dengan upah. Seseorang yang menyertai satu-satu skim perlindungan Takaful yang disediakan dan melantik syarikat Takaful untuk mewakilinya dalam menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan dengan proses skim perlindungan takaful ini. Semua skim perlindungan takaful mempunyai tempoh matang yang ditetapkan terlebih dahulu.
Maka peserta merupakan pewakil yang melantik syarikat takaful sebagai wakil bagi menguruskan produk skim takaful yang dipilih olehnya. Seterusnya syarikat takaful dan peserta akan melakukan akad dengan memeterai perjanjian yang telah diterangkan dengan jelas tentang perjalanan skim perlindungan takaful berkenaan serta hak-hak dan kewajipan-kewajipan kedua-dua belah pihak. Di atas prinsip itu juga peserta memberikan kebenaran mutlak kepada syarikat untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya. Dengan akad wakalah ini, para peserta membenarkan syarikat untuk mengambil upah atau komisyen yang ditolak dari sumbangan mereka.
Peserta dikehendaki membayar ansuran sumbangan skim perlindungan takaful mengikut tempoh yang telah ditetapkan didalam akad. Sumbangan ini hendaklah tidak kurang daripada jumlah minima yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful. Bayaran sumbangan ini boleh dibuat secara tahunan, setengah tahun, suku tahun dan bulanan.
Bagi tabung dana takaful keluarga, setiap kali peserta membuat bayaran ansuran sumbangan syarikat takaful dan membahagikan bayaran ini kepada akaun pelaburan peribadi(PIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Peribadi(PRIA). Sebahagian besar dari jumlah sumbangan akan dimasukkan kedalam akaun peserta untuk tujuan tabungan dan pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun tabungan ta’auwuni(TAP) untuk keperluan membayar manfaat takaful kepada manba-mana peserta-peserta yang lain apabila ditimpa malapetaka dan bencana. Manakala baki daripada kedua-dua akaun ini, akan dimasukkan ke dalam dana pelaburan. Syarikat takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum-hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh syarikat takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian mudharabah yang dipersetujui antara syarikat dan peserta yang dinyatakan dalam perjanjian.











5.0 Kesimpulan
Sistem Wakalah adalah suatu asas penting dalam jaminan social Islam. Segala wakil-mewakil dalam suatu perkara telah menjadi keistimewaan kepada masyarakat kini. Seseorang yang bertindak sebagai wakil telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menguruskan sesuatu perkara yang dikehendaki. Dengan itu, setiap wakil perlu mempunyai sifat jujur dan amanah terhadap tugas yang diberikan dan kepercayaan orang ramai terhadapnya agar segala urusan yang dilakukan berjalan dengan baik dan sempurna.
Al-Wakalah merupakan perlantikan seseorang melalui akad untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seorang wakil untuk menguruskan dan menjaga sesuatu perkara. Ianya menjadi konsep asas dalam kontrak di antara wakil dengan pengendali takaful yang bertindak sebagai prinsipal. Dengan akad tersebut, maka peserta membenarkanpengendali takaful untuk mengambil upah atau komisyen kepada wakil melalui sumbangan mereka.

KEMISKINAN DALAM ISLAM

2.0 Konsep kemiskinan
Masalah kemiskinan telah menarik perhatian bayak golongan iaitu ahli ekonomi, ahli sosiologi, ahli politik, ahli perubatan dan sebagainya. Keadaan ini tidaklah menghairankan kerana konsep kemiskinan itu sendiri mempunyai ciri yang banyak dimensi. Kemiskinan merupakan satu ‘sindrom situasi’ yang meliputi unsur-unsur kekurangan makanan dan taraf kesihatan yang rendah, pengangguran, keadaan perumahan yang tidak selamat, taraf pendidikan yang rendah, tidak menikmati keperluan moden, pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan fikiran yang kolot. Konsep kemiskinan sebegini sedikit sebayak terbentuk oleh persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum masyarakat yang cuba di capai melalui dasar anti kemiskinan.


2.1 Dimensi kemiskinan
Kemiskinan adalah fenomena pelbagai dimensi. Kepelbagaian dimensi membolehkan pelbagai pihak berbicara dan menjadi ‘pakar’ mengenai kemiskinan. Fenomena kemiskinan boleh dilihat daripada pelbagai dimensi antaranya ekonomi, sosiobudaya, agama, pendidikan, kesihatan, tempoh, ruang, jantina, alam sekitar dan sebagainya .
Dari segi ekonomi, kemiskinan di mengertikan sebagai keadaan kekurangan daripada paras keperluan asas tertentu. Kemiskinan ini sering merujuk kepada kemiskinan harta benda atau kebendaan , juga merujuk kepada kekurangan pendapatan, mata wang atau modal. Dari segi sosiobudaya, kemiskinan sering dikaitkan dengan budaya kemiskinan dan kemiskinan sikap yang menuntut perubahan sikap positif.
Manakala dari segi pendidikan, kemiskinan sering di kaitkan dengan kemiskinan minda, pengetahuan, ilmu pengetahuan, ilmu atau pelajaran. Keciciran pendidikan boleh menyumbang kepada ‘putaran ganas’ kemiskinan melalui pencapaian akademik, pekerjaan dan pendapatan rendah. Dalam zaman ekonomi berasaskan pengetahuan(K-ekonomi) dan teknologi maklumat, ketinggalan penguasaan komputer dan teknologi maklumat mencerminkan suatu petunjuk kemiskinan yang boleh meluaskan jurang digital yang membawa ketidaksamaan pendapatan.
Dari segi kesihatan, kemiskinan boleh dikaitkan dengan kekurangan pengambilan protein yang boleh menyumbangkan kepada kebuluran tidak ketara yang menyumbang kepada kerencatan akal dan fizikal.
Dimensi tempoh berkait rapat dengan masa, iaitu mereka yang mungkin keluar-masuk kelompok miskin secara bermusim disebabkan pengangguran atau kemelesetan ekonomi dan penyelarasan struktur.
Dari segi ruang, kemiskinan sering dilihat sebagai fenomena desa, sementara kemiskinan bandar semakin merebak. Walaupun kemiskinan desa dan bandar berkurang, masalah jurang ketaksamaan atau nisbah pendapatan bandar-desa serta jurang digital adalah masih lagi luas, mencerminkan ketinggalan desa berbanding bandar dalam arus pembangunan. Dari segi jantina, kemiskinan sering berlaku dalam kalangan wanita yang menjadi ketua keluarga.
Dari segi alam sekitar, sebahagian besar golongan miskin tinggal dalam persekitaran ekologi yang rapuh di mana kemiskinan dan persekitaran saling bertindak antara satu dengan lain sebagai fenomena sebab-akibat, iaitu kemiskinan menyumbang kepada degradasi alam sekitar, manakala alam sekitar yang tercemar atau sumber alam yang pupus menyumbang kepada kemiskinan.

2.2 Kemiskinan mutlak dan kemiskinan berbanding
Kemiskinan mutlak di tafsir dengan menggunakan asas ukuran yang di anggap sesuai bagi perbandingan antara tempat dan antara masa dilakukan. Pendekatan yang biasa digunakan ialah pengukuran pemakanan atau pendekatan biologi yang menjelaskan hubungan antara kemiskinan dengan ketidakmampuan memenuhi keperluan minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi keperluan asas manusia. Dengan kata lain aspek yang ditekan ialah kepentingan hak asasi manusia sejagat untuk menjamin sekurang-kurangnya peringkat secukup hidup dapat di capai. Definisi kemiskinan mutlak ini tidak terlalu terikat kepada taraf hidup yang ditentukan bagi sesuatu masyarakat itu atau tingkat purata sumber-sumber yang ada pada suatu ketika, sebaliknya amat rapat dengan idea universal tentang kewibawaan dan hak asasi manusia.
Definisi konsep kemiskinan berbanding pula berbeza daripada konsep kemiskinan mutlak. Konsep kemiskinan bandingan berasaskan norma-norma tertentu cuba mengambil kira deprivation sebenarnya dengan merujuk kepada tingkat purata kepuasan keperluan dalam sesuatu masyarakat dan mengambil kira kewujudan sumber-sumber dalam masyarakat yang berkenaan.



3.0 Konsep kemiskinan mengikut perspektif Islam.

Kemiskinan mengikut perspektif Islam mengandungi dua pengertian iaitu kemiskinan kebendaan dan kemiskinan kejiwaan (kerohanian).

Kemiskinan kebendaan

Kemiskinan atau kefakiran merujuk kepada keadaan ketidakcukupan. Individu yang berada dalam keadaan tidak cukup digolongkan sebagai miskin dan fakir. Istilah miskin dan fakir berasal daripada perkataan arab. Kedua-duanya sukar di pisahkan seperti yang dikatakan oleh Yusuf al-Qardawi: “Kalau dikumpulkan terpisah dan kalau dipisahkan terkumpul.” Terdapat beberapa pengertian mengenai miskin dan fakir. Sesetengah golongan (golongan Maliki, Syafie, dan Hanbali) mengatakan bahawa fakir itu lebih melarat daripada miskin. Bagi golongan Hanafi pula, fakir berkedudukan lebih baik daripada miskin. Bagi golongan Hanafi pula, fakir berkedudukan lebih baik daripada miskin, iaitu miskin lebih melarat daripada fakir.

Dengan berpegang kepada pandangan mazhab Syafie(juga Maliki dan Hanbali) golongan miskin ialah mereka yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dan tanggungan mereka. Manakala fakir ialah mereka yang memiliki kurang daripada separuh keperluannya seperti rajah di bawah:









Hubungan antara Golongan Fakir /Miskin dengan Keperluan Hidup


100 ------------------------------------------------

Keperluan
hidup(%) 50 -----------------------------


Fakir Miskin Kaya

F M K
Taraf hidup


Terdapat berbagai-bagai pendapat tentang golongan yang layak di letakkan di bawah asnaf fakir/miskin. Al-Mazimi dalam bukunya Panduan Mengeluarkan Zakat, misalnya meletakkan sebelas golongan, dengan syarat tertentu yang membolehkan mereka diiktiraf sebagai asnaf fakir/miskin dan layak menerima zakat seperti berikut:

Ceraian Asnaf Fakir/Miskin

Ceraian Syarat
Anak yatim - Kematian kehilangan ayah
- Umur belum 18 tahun
- Tidak mempunyai harta atau pendapatan (yang dicampurkan)mencukupi untuk - sara hidup
- Tidak ada saudara yang sah dari syarak untuk menyara
Janda - Tidak berkahwin semula semula selepas kematian suaminya
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta
- Tidak ada saudara
Perempuan yang di cerai - Telah berakhir tempoh iddah
- Tidak berkahwin semula
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta
- Tidak ada saudara

Orang tua - Usia melebihi 60 tahun
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta
- Tidak ada saudara

Orang yang tidak berdaya - Cacat, sakit yang sukar sembuh serta menghalang daripada bekerja
- Berumur antara 18-60 tahun.
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta
- Tidak ada saudara


Orang yang berpendapatan kecil
- Berumur antara 18-60 tahun.
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta
- Tidak ada saudara
- Tidak berdaya melakukan kerja lain bagi menambahkan pendapatannya
Orang sakit - Sakit yang menghalang bekerja
- Berumur antara 18-60 tahun.
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta yang mencukupi untuk keperluan dan ubatan
- Tidak ada saudara

Pelajar - Berdaftar/bersekolah
- Berumur antara 18-60 tahun.
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta

Penganggur - Menganggur di luar kehendaknya
- Berumur antara 18-60 tahun
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta

Keluarga banduan - Tidak mempunyai pekerjaan sebelum masuk penjara
- Tidak mempunyai pendapatan dan harta

Keluarga orang yang hilang - Orang yang menghilangkan diri tanpa berita melebihi empat bulan
- Tidak mempunyai harta atau pendapatan yang mencukupi


Kemiskinan kerohanian

Kemiskinan yang menjadi fokus di merata dunia sekarang ialah kemiskinan kebendaan, tidak lebih daripada itu. Sedangkan dalam Islam, kemiskinan sepatutnya juga merangkumi kemiskinan kerohanian(jiwa). Rasullullah S.A.W pernah bersabda bermaksud:
Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana limpah ruah hartanya, tetapi yang dinamakan kaya itu kaya jiwa.
Jiwa yang kosong itulah yang miskin. Hanya orang yang mempunyai jiwa yang kosong atau miskin inilah yang mudah terdedah kepada bermacam-macam bahaya. Miskin jiwa mempunyai kesan yang lebih bahaya daripada miskin harta.





3.1 Pandangan Islam tentang kemiskinan

Kemiskinan dalam kehidupan seseorang itu boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
1) Miskin di dunia dan akhirat
2) Miskin di dunia tapi kaya di akhirat
3) Kaya di dunia dan miskin di akhirat
4) Kaya di dunia dan kaya di akhirat

Amat malang bagi seseorang jika dia berada dalam kalangan nombor satu iaitu miskin di dunia dan di akhirat. Di dunia dia tidak dapat menikmati kesenangan dan kemewahan kebendaan, di akhirat pula dia bertambah parah kerana tidak dapat merasai kenikmatan syurga. Begitulah kesudahan mereka yang menolak dunia dan dalam masa yang sama mengetepikan aspek kerohanian. Kesengsaraan golongan ini akan berterusan daripada alam dunia hinggalah ke alam akhirat.

Kategori yang kedua iaitu miskin di dunia tapi kaya di akhirat, ialah golongan yang tidak mengendahkan keseronokan di dunia sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian kepada aspek kerohanian atau keakhiratan. Golongan ini tidak tertarik dengan kemewahan dunia. Bagi golongan yang tidak menolak, dunia adalah jambatan ke akhirat. Dia akan menggunakan dunia setakat keperluan sementara dan tidak terpengaruh dengan daya tarikannya. Bagi yang menolak, dia akan hidup terus menerus untuk ibadah, tanpa memikirkan keperluan hidup di dunia. Baginya dunia penuh tipu daya yang menyesatkan. Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ululmiddin mengumpamakan dunia ini sebagai wanita cantik yang mengasyikkan dan mempunyai rahsia buruk dan keji yang membinasakan. Walaupun bagi pandangan kita kehidupan mereka melampau namun itulah hakikatnya. Golongan sufi(sufah) dan wali Allah mengalami hidup yang seperti ini. Kesengsaraan golongan ini akan berakhir apabila mereka mati.

Golongan ketiga pula ialah golongan kufur yang menolak akidah Islam sebaliknya menjadikan dunia ini matlamatnya. Maka akan mewahlah hidupnya di dunia, tetapi melarat di akhirat. Kemewahannya di dunia akan berakhir dengan kematian, dan bermulalah era penderitaan dan kemelaratan yang berterusan yang tiada siapa dapat menolongnya di akhirat.

Golongan keempat ialah golongan yang berguna di dunia dan di akhirat. Di dunia, hidupnya tidak mengetepikan kebendaan, tetapi sebaliknya menjadikan dunia sebagai ladang bagi akhirat. Bekerja dan berusaha di dunia selari dengan kehendak Islam. Mereka memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara bukan sahaja dalam bentuk kebendaan tetapi juga dalam bentuk kerohanian. Golongan ini juga tidak tenggelam dengan kemewahan dunia dan tidak pula mengasingkan diri demi kepentingan kerohanian. Mereka inilah yang sepatutnya menjadi ikutan umat Islam supaya Islam menjadi kuat bukan sahaja dari aspek kebendaan tetapi juga mantap kerohaniannya.








4.0 Statistik kemiskinan
Statistik kemiskinan mengikut negeri di Malaysia

Kawasan Miskin Miskin Tegar
Isi Rumah
(RM) Per Kapita (RM) Isi Rumah (RM) Per Kapita
(RM)
Semenanjung 660 150 400 90
Sabah 900 170 500 100
Sarawak 770 170 450 100


Statistik kemiskinan antara luar bandar dan bandar


Tahun 1970 1990 1997 1999 2004
Kadar Kemiskinan 49.3% 16.5% 6.1% 7.5% 4.3%
Bandar 22.3% 7.1% 2.1% 3.4% 1.6%
Luar Bandar 60.0% 21.1% 10.9% 12.4% 9.6%
Kadar Kemiskinan Tegar - 3.9% 1.4% 1.4% 0.7%
Bandar - 1.3% 0.4% 0.5% 0.2%
Luar Bandar - 5.2% 2.5% 2.4% 1.5%







Statistik kemiskinan

Negeri Bil. KIR Miskin Tegar PGK 2002 (Metodologi 1977) Bil. KIR Miskin Tegar PGK 2005 (Metodologi 2005)


Kelantan 12,145 21,359
Perak 7,372 4,792
Pahang 7,345 2,992
Terengganu 7,137 10,985
Kedah 2,646 6,563
Johor 1,207 1,665
Selangor 965 1,008
Perlis 822 1,534
Negeri Sembilan 685 1,235
Melaka 594 1,348
Pulau Pinang 231 641
Semenajung Malaysia 41,149 54,122
Sabah 19,534 21,581
Sarawak 7,610 10,165
Malaysia 68,293 85,868





Butiran Bumiputera Cina India Total
Kemiskinan Tegar 1.9% 0.1% 0.3% 0.7%
Bandar 0.7% neg¹ 0.2% 0.2%
Luar Bandar 3.3% 0.3% 0.5% 1.5%
Kemiskinan 8.3% 0.6% 2.9% 4.3%
Bandar 4.1% 0.4% 2.4% 1.6%
Luar Bandar 13.4% 0.3% 5.4% 9.6%

MEDITASI DALAM AGAMA BUDDHA

3.0 Meditasi
3.1 Definisi Meditasi
Meditasi menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu ditakrifkan sebagai perbuatan duduk kerana menumpukan sepenuh fikiran terhadap sesuatu dengan mendalam iaitu perbuatan bertafakur dari awal subuh hingga ke pagi. Apabila seseorang terlalu asyik memikirkan berkenaan sesuatu perkara, maka perasaan bimbang, tekanan dan emosi-emosi negatif akan lenyap. Ia adalah meditasi yang diistilahkan sebagai teknik relaksi hipometabolik iaitu tidak menggunakan tenaga fizikal yang tinggi untuk mengatasi emosi.
Menurut Eksiklopedia Malaysiana pula meditasi ialah penumpuan fikiran terhadap sesuatu objek, satu perkataan atau satu idea dengan harapan untuk mencetuskan satu keadaan yang berubah pada diri tidak sedar seseorang.
Meditasi adalah satu teknik yang menjadi amalan sejak beribu-beribu tahun dahulu, dan masih popular sehingga sekarang bagi mereka yang mengalami sindrom stress. Ia merupakan satu teknik apabila seseorang memberikan sesuatu tumpuan, atau fokus perhatian kepada sesuatu perkara atau benda, pada satu-satu masa atau keadaan.
3.2 Pengaruh Dan Asal Usul Meditasi
Asasnya amalan meditasi ini mempunyai hubungkait dengan kepercayaan agama Hindu. Namun begitu, meditasi bukanlah merupakan suatu ajaran agama. Sebaliknya merupakan suatu sistem psiko-fisiologi yang mengandungi teknik yang berhubung dengan kerohanian. Ia adalah salah satu daripada teknik-teknik penenang jiwa yang menjadi amalan sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Meditasi juga disebut dalam kitab terawal Brahmanisme iaitu Rig Veda yang banyak menyentuh tentang amalan ini yang dikenali sebagai Dhayana dan Samadhi. Dari segi sejarah pemikiran meditasi, seorang orientalis Perancis, bernama Robert Linsen mengatakan bahawa sebahagian besar pemikiran masyarakat India muncul hasil dari percampuran antara dua unsur iaitu yoga yang merupakan perbuatan meditasi yang ditemui sebelum zaman Veda dan Brahmanisme yang bermula pada zaman Veda, Upanishad dan Vedanta. Ini dapat dibuktikan dengan artifak yang ditemui di lembah Sungai Indus. John Marshal pula telah menemui seramik yang berusia lebih kurang 5000 tahun yang menunjukkan seorang yogi melakukan meditasi.
Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa meditasi dipelopori oleh kaum Yogis dari India yang mengamalkan teknik-teknik yoga. Dalam masa yang sama, ia juga dipelopori oleh sami-sami Zen dari Jepun. Cara yang mereka gunakan dalam meditasi ini mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Bagi sami-sami yang berpegang kepada ajaran dan falsafah hidup Zen ini, tujuan utama mereka melakukan meditasi ialah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan bermuhasah diri sendiri. Mereka akan menumpukan kepada kekosongan iaitu dengan menumpukan sesuatu bagi mencapai apa yang dinamakan sebagai kesucian jiwa. Sejarah meditasi didalam agama Buddha, apabila Gautama telah menyatakan terdapat satu amalan dalam meditasi yang mengubah hidupnya.
3.3 Jenis-Jenis Meditasi
Meditasi merupakan salah satu praktikal yang menjadi amalan sejak beribu-ribu tahun dahulu dan sehingga sekarang praktikal ini masih diamalkan oleh segolongan masyarakat khususnya bagi mereka yang mengalami stress. Terdapat banyak jenis meditasi yang dipraktikkan, berdasarkan prinsip-prinsip yoga. Ia adalah gabungan antara faktor stimulasi dan kesedaran seperti tenaga, siasatan dan kepercayaan. Tumpuan, ketenangan, dan ketenteraman adalah perlu bagi mengimbangi gabungan tersebut. Tambahan pula meditasi ini mempunyai pelbagai teknik dan kaedah yang boleh dipilih mengikut kesesuaian.
Menurut Bogart (1991) dan Perez De Albeniz dan Holmes (2000) teknik yang berbeza dalam meditasi dapat dikelaskan mengikut pemfokusan yang tertentu. Sesetengah pemfokusan berlatarbelakangkan pengalaman dan persepsi tertentu yang disebut “mindfulness meditation”. Pemfokusan yang lain juga diarahkan kepada suatu objek yang spesifik yang disebut sebagai “concetrative meditation.
3.3.1 Meditasi penumpuan
Meditasi ini juga dikenali sebagai meditasi pernafasan. Meditasi ini berlandaskan penumpuan dan pemusatan sepenuhnya kepada pernafasan, imej dan bunyi (mantra) dalam usaha menstabilkan minda dan fikiran untuk memberikan kesedaran serta kejelasan kepada diri. Ia juga merujuk kepada tumpuan pergerakan pernafasan, iaitu konsep penarikan dan penghembusan nafas melalui rongga hidung, seterusnya ke paru-paru serta pergerakan turun dan naik tulang rusuk ketika pernafasan berlaku.
Dalam meditasi penumpuan, teknik duduk diam dalam kedudukan bersila dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pernafasan adalah praktikal yang paling mudah diamalkan. Dipercayai meditasi ini merupakan satu fungsi hubungan yang terus menerus diantara sesuatu pernafasan dengan minda atau fikiran.
Contohnya, jika seseorang yang berada dalam kebimbangan, ketakutan, kebingungan, maka pernafasan seseorang itu akan menjadi tidak stabil, cepat dan tidak teratur. Tetapi apabila individu tersebut kembali tenang dan damai, maka cara pernafasan mereka kembali stabil. Penumpuan terhadap irama dan rentak dalam setiap sedutan dan hembusan nafas juga akan melengkapkan praktikal-praktikal meditasi yang dapat membangkitkan ketenangan dan kedamaian.
3.3.2 Meditasi sepenuh perhatian
Menurut Dr. Borysenko, meditasi ini atau meditasi renungan yang digunakan adalah untuk membuka fikiran atau perhatian sepenuhnya dalam keadaan sedar secara berterusan dan dipenuhi dengan perasaan, bayangan, bunyi, bau tanpa memikirkan sesuatu atau objek.
Contonhya, seseorang yang duduk secara senyap dan tidak mengendahkan apa-apa yang terlintas di fikiran, tidak melibatkan sama ada dalam bentuk tindakan memikirkan, mengingat, kebimbangan atau membayangkan sesuatu atau objek. Tindakan ini akan dapat membantu untuk mendapatkan ketenangan yang lebih, kedamaian yang jelas serta dapat mengosongkan fikiran.
2.4 Meditasi Dalam Agama Buddha
Antara bentuk meditasi yang terdapat dalam agama Buddha ialah meditasi samatha dan vipassana. Kedua-duanya berbentuk pembelajaran untuk memfokuskan perhatian. Secara umumnya, bagi penganut agama Buddha, untuk memperolehi peringkat meditasi yang tertinggi dan terbaik ia seharusnya dilakukan dibawah pokok Bodhi seperti Gauthama Buddha yang memperolehi cahaya kebenaran di bawah pokok tersebut.
Perkataan meditasi berasal daripada perkataan Bhavana yang bermaksud budaya atau perkembangan pemikiran. Ia merupakan jalan utama untuk seseorang itu memahami dirinya serta pendekatan fizikal kepada budaya latihan dan pembersihan mental. Dalam ajaran Buddha, meditasi digunakan untuk pembentukkan mental dan pembangunan spiritual. Penganut agama Buddha menganggap bahawa mereka tidak mampu mencapai tahap Nirwana tanpa membangunkan minda melalui proses meditasi.
Terdapat banyak teknik dalam melakukan meditasi. Sebahagiannya diajarkan oleh Buddha sendiri dan sebahagiannya pula adalah hasil rekaan guru-guru yang datang kemudian. Secara keseluruhannya, teknik ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, teknik kesempurnaan penumpuan atau renungan yang baik (Samma samadhi). Samadhi bererti mengumpul atau membawa bersama yang merujuk kepada penumpuan atau pembersihan pemikiran. Ia bereti menumpukan pemikiran kepada sesuatu perkara sahaja. Dengan ini, pemikiran dan seluruh anggota akan menjadi tenang. Cara ini juga dikenali dengan “Teknik Ketenangan” (Samatha Bhavana)
Kedua kesempurnaan pemikiran atau ingatan yang betul (Samma sati). Perkataan Sati bermakna ingatan, kenangan atau hati-hati. Seorang sangha yang terkenal bernama Nyanaponika menyatakan bahawa ingatan di sini bermaksud mengingat apa yang berlaku ke atas diri dan dalam diri seseorang. Ia juga bermaksud kepekaan dalam melihat melalui pemikiran kedalam diri sendiri dan pengalaman terhadap apa yang telah berlaku. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik kefahaman atau pengertian(Vipassana Bhavana).
Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca dari pemikiran yang tidak dilatih dan dibentuk. Akibatnya, imaginasi dan emosi menguasai diri menyebabkan mereka melakukan kejahatan serta menjadi hamba kepada perasaan. Jadi, meditasi dilakukan bertujuan untuk menggembalikan pemikiran kepada keadaan yang penuh dengan kesedaran melalui proses pembersihan segala halangan yang lahir dari tabiat semulajadi dan tradisi. Untuk mengamalkan meditasi, seseorang mestilah mempunyai kekuatan azam, usaha dan kesabaran serta tidak boleh mengharapkan hasil yang segera. Dalam melaksanakan meditasi, pengamalnya mestilah mempunyai satu objek kerana tanpanya pemikiran akan mudah di pengaruhi oleh unsur-unsur lain. Sebahagian daripada mereka menjadikan patung Buddha sebagai objek dan menumpukan pemikiran kepadanya. Manakala setengahnya pula memberikan tumpuan kepada pergerakan nafas mereka.
Apabila seseorang itu melakukan meditasi, mereka sebenarnya mengalihkan pemikiran serta cara berfikir dari tabiat yang lama kepada cara yang baru. Pengamal meditasi menghabiskan masa dengan memberikan penumpuan yang lebih kepada anggota badan melalui cara membersih, merehat dan memperelokkannya. Ada juga dalam kalangan pengamal meditasi menggunakan amalan ini untuk memenuhi kehendak duniawi seperti untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, wang yang banyak atau berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Amalan seperti ini menyimpang dari tujuan sebenar meditasi kerana ia bukanlah jalan untuk memenuhi keinginan hawa nafsu, sebaliknya bertujuan untuk mengawal keinginan hawa nafsu dan kehendak duniawi seseorang.
Kesan daripada meditasi (Anussati) akan melahirkan sepuluh perkara iaitu ingatan kepada Buddha (Buddhanussati), ingatan kepada dhamma (dhamma-nussati), ingatan kepada sangha (sanghanussati), ingatan kepada adab (silanussati), ingatan kepada kemurahan hati (Caganussati), ingatan kepada dewa (Devanussati), ingatan kepada pernafasan (anapanasati), ingatan kepada kematian (marananussati), ingatan kepada tubuh badan (kayagatasi) dan ingatan kepada ketenangan atau kesejahteraan (upasamanussati).
2.5 Cara Melakukan Meditasi
Menurut Buddha terdapat empat cara untuk melakukan meditasi antaranya ialah dengan cara berdiri, berjalan, duduk dan berbaring. Secara kebiasaannya, meditasi dilaksanakan secara duduk. Meditasi secara duduk dilakukan dengan cara bersila di lantai yang beralas, dengan meletakkan kaki kanan atas kaki kiri atau dalam posisi bersila. Terdapat beberapa teknik meditasi secara umumnya antaranya ialah:
2.5.1 Teknik meditasi transcendental
Secara umumnya, meditasi transcendental yang diperkenalkan dan dipopularkan oleh Maharishi Mahesh Yogi. Walaubagaimanapun , teknik menjalani latihan ini menjadi suatu rahsia. Sesiapa yang berminat mempelajarinya haruslah mendapat latihan daripada seorang mahaguru yang bertauliah. Secara umunya kaedah meditasi transendental ini diamalkan melalui dua cara iaitu duduk dalam keadaan santai dan tenang dan melalui penggunaan bunyi bunyian yang diulang beberapa kali yang dikenali sebagai mantra. Secara terperincinya, kaedah dalam amalan meditasi transcendental ialah denga cara berikut:
a. Duduk diam (dalam keadaan selesa dan tiada gangguan)
b. Tutupkan kedua-dua belah mata (kalau boleh)
c. Relakskan otot, dari kaki ke muka
d. Bernafaslah melalui hidung dengan perlahan. Rasai udara memasuki hidung. Sebaik sahaja menghembuskan nafas keluar melalui hidung, katakana perkataan ‘satu’. Ulang lagi langkah ini beberapa kali ‘satu’ (tarik dan keluarkan nafaz secara perlahan-lahan)
e. Biarkan fikiran menjelajah atau meneroka alam semesta ini dengan memikirkan sesuatu yang indah dan mengembirakan.
f. Sebaik-baik sahaja sedar daripada membuat penerokaan fikiran ini kembali semula kepada rangsangan asal iaitu perkataan ‘satu’.
g. Selepas beberapa ketika, duduk diam dan secara perlahan-lahan buka mata sebaik-baik sahaja relaks, ringan dan tenang.
h. Ulang langkah 1 hinga 7 jika perlu sekali lagi.
3.5.2 Teknik meditasi buka tingkap
a. Duduk dalam keadaan tenang dan santai di tempat sunyi (dalam keadaan kedudukan belakang agak lurus, kepala di sengetkan sebelah dan kehadapan, tangan diletakkan diatas riba serta mata ditutup.
b. Dalam keadaan pasif dan tidak memberikan tindak balas terhadap pemikiran.
c. Fokuskan kepada pernafasan. Perhatikan setiap sedutan dan hembusan nafas. Bernafazlah secara perlahan, dengan mendalam dan secara tetap dalam masa 5 minit.
3.5.3 Teknik meditasi Cahaya gemilang
a. Duduk dalam keadaan tenang dan santai di tempat sunyi (dalam keadaan kedudukan belakang agak lurus, kepala di sengetkan sebelah dan kehadapan, tangan diletakkan diatas riba serta mata ditutup).
b. Fokuskan kepada pernafasan dengan bernafaslah mendalam dan ambil masa yang lama untuk hembuskannya. Bayangkan diri berada dalam keadaan santai dan bukan dalam keadaan tertekan.
c. Seterusnya fikirkan suatu cahaya yang berseri, gemilang dan menyerlah yang lembut dan mendamaikan.
3.5.4 Teknik meditasi tong sampah
a. Duduk dalam keadaan tenang dan santai di tempat sunyi (dalam keadaan kedudukan belakang agak lurus, kepala di sengetkan sebelah dan kehadapan, tangan diletakkan diatas riba serta matra ditutup).
b. Sengetkan kepala ke kanan. Bayangkanlah segala kebimbangan, kemurungan dan kedukaan dalam yang dihadapi dibuang ke dalam tong sampah tepi pintu. Serta kosongkanlah fikiran daripada semua kebimbangan tersebut.
c. Luruskan kepala. Rasakan ianya seperti cahaya. Ulangi proses tadi berulang kali sekiranya masih wujud lagi perasaan kebimbangan dalam diri. Sekarang lemparkan senyuman diwajah secara perlahan-lahan dan fokuskanlah kepada pernafasan. Bernafaslah dengan tenang dan rasailah perasaan bercahaya didalam fikiran.
3.5.5 Teknik meditasi tindak balas pengunduran atau bersantai
a. Carilah tempat yang sunyi. Berilah penuh kesedaran terhadap emosi dan tindak balas fizikal terhadap tekanan. Kemudian, teliti dan imbaslah badan secara perlahan.
b. Bernafaslah dengan mendalam (sedutan nafas denga mendalam, berhenti sebentar dan hembuslah perlahan-lahan). Buangkan dan biarkanlah sebarang tekanan atau stress yang wujud dalam diri.
3.5.6 Teknik meditasi perkataan positif
a. Baringlah atau duduk dalam kedudukan yang selesa
b. Tutuplah mata dan bernafaslah dengan mendalam. Fokuskan perhatian terhadap pernafasan. Tandakan pergerakan bahagian-bahagian badan naik dan turun. Kosongkan atau buangkan segala kebimbangan, ketakutan dan pemikiran negatif daripada fikiran.
c. Semasa dalam penyedutan nafas, ucapkanlah “aman damai” kepada diri sendiri. Semasa hembusan nafas pula, ucapkanlah perkataan “tenang”. Lukiskan gambaran perkataan tersebut pada setiap pernafasan anda. Diulang dihingga merasa tenang.
Kesimpulannya, terdapat ciri-ciri yang sama terdapat dalam semua jenis meditasi iaitu suasana yang sunyi dan tenang, kedudukan badan yang selesa, menggunakan rangsangan mental yang diulang-ulang, sabar serta tidak tergesa-gesa.